Penerbitan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

Salah satu matlamat utama MARDI menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui penerbitan. Untuk itu MARDI telah menerbitkan pelbagai jenis penerbitan yang dikelaskan kepada:Penerbitan bersiri:

Manual teknologi— Ia terkandung maklumat yang boleh dijadikan asas untuk petani menanam atau pengusaha mengeluarkan produk mengikut spesifikasi, kos dan kuantiti yang ditetapkan.

Buku/Monograf/Laporan— Ini termasuklah buku panduan pertanian dan ternakan, prosiding persidangan dan laporan kaji selidik yang menyeluruh.

Siri khidmat perunding— Terdapat dua siri dalam kumpulan ini iaitu Siri Panduan Usahawan dan Model Perusahaan Makanan yang memberi penerangan terperinci tentang pemprosesan pelbagai produk makanan serta maklumat termasuk bahan mentah yang digunakan, kos pengeluaran, aspek pemasaran dan pengurusan makanan. Penerangan tentang pemprosesan dilengkapkan dengan carta alir dan pelan bagi menubuhkan sesuatu industri makanan.

Penerbitan am— Ia lebih kepada edaran brosur.

Lihat Buku terbitan Penerbitan MARDI